Peribahasa (fiction)

Tangan aku memegang pingat emas yang berkilauan. Dalam gengamanku juga satu kisah yang tidak mungkin aku lupakan seumur hidupku.

Masih jernih memori lama dalam mindaku. Hari pertama aku dipimpin tangan ibu ke kolam renang awam untuk belajar berenang. Hati aku was was akan air biru yang nampak tenang. Aku tidak pasti apakah yang mungkin muncul dalam air itu. Jurulatihku nampak tegas dan kuat. Aku semakin takut. Namun, sebaik sahaja badanku mencecah air yang kebiruan itu, aku berasa seolah-olah aku hidupan laut. Aku rasa bebas dalam air.

Semenjak itu, aku sentiasa menanti peluang untuk menghadiri kelas renang. Aku berasa begitu terpegun dengan pelbagai teknik renang yang dipelajari. Aku semakin mengemari sukan renang. Minat aku menjadi hidup aku. Masa itu, aku masih berada dalam tahun satu di sekolah. Jurulatih aku juga mengemari telatah aku yang suka sangat berenang. Aku dipilih untuk mewakili sekolah dalam acara renang daerah tahun tersebut. Aku tidak sabar-sabar untuk menyertainya.

Setelah lima tahun sejak mencecah kaki dalam kolam renang, aku telah dinamakan puteri duyung negeri aku. Tahap aku meningkat dari masa ke masa. Aku bukan sahaja mewakili sekolah, aku turut mewakili hingga ke peringkat negeri. Aku menjadi pujaan ramai.

Namun demikian, pada suatu hari, aku menghadapi kemalangan jalan raya yang serius. Aku tercedera dan berada dalam keadaan koma selama tiga hari. Semenjak itu, dunia aku musnah. Aku hilang keyakinan. Aku tidak lagi menghadiri latihan renang. Diriku pasrah untuk satu tahun. Ketika itu, aku semakin negatif. Berat badanku melambung naik. Peparu aku lelah setiap kali aku cuba membuat sebarang senaman. Mengapakah semua itu berlaku pada diriku?

Itulah kisah duniaku yang musnah pada umur 13 tahun. Pada hair jadi aku tahun tersebut, jurulatihku memberi sekeping kad yang mengatakan "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan." Aku termenung dan mengenang kata-kata tersebut dengan mendalam. Jika aku benar-benar mempunyai kemahuan yang mendalam, tidakkah aku dapat mencapai segala cita-cita aku yang dahulu?

Sejak hari itu, aku bertekad untuk kembali ke arena sukan renang. Aku menghadapi pelbagai cabaran dari segi fizikal dan mental. Kadang-kala, aku diketawa oleh rakan-rakan aku yang lain kerana berat badanku semakin meningkat akibat begitu lama tidak aktif berenang. Sekali-sekala, sakit lelah aku datang menyusahkan sesi latihan aku. Aku hampir mengalah, namun aku masih tekad.

Aku mengambil masa tiga tahun untuk kembali ke peringkat negeri. Walaupun sudah berusia 16, aku masih tidak berputus asa. Pada tahun tersebut, aku dipilih untuk menyertai pasukan degara ke acara renang peringkat antarabangsa. Aku berlatih bersungguh-sungguh setiap hari sehinggalah ke hari ini.

Hari ini merupakan acara renang kupu-kupu 200m perempuan di Kejohanan Renang Antarabangsa di Tokyo. Sebaik sahaja aku terjun masuk ke kolam renang yang airnya sejuk, aku terus berenang dengan secepat dayaku. Dalam minda aku, hanyalah untuk membuat yang terbaik.

Sebaik saja tanganku mencecah dinding, aku menoleh ke atas dan ternampak nama aku terpapar pada skrin sebagai johan. Aku seolah-olah tidak percaya. Aku tidak percaya. Namun, segalanya bukan mimpi. Satu kemalangan yang ngeri bukan sahaja memberikan aku satu nafas baru, tetapi membarakan semangat kesukanan dalam diri aku. Memang benar kata pepatah, Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan.

Comments

Popular Posts